Archive for the ‘Info Perfume’ Category
Apa itu Notes?
Posted November 2, 2008
on:- Dalam: Info Perfume
- Tinggalkan Komen
Apa itu “notes” ?
Pewangi terdiri daripada berbagai bauan, di mana bauan ini di kenali sebagai “notes”. Top notes selalunya sangat light dan hanya akan bertahan beberapa minit sahaja (5-10minit). Middle notes pula baunya akan tersebar selepas 15 minit penggunaan. Bottom notes pula mengandungi kandungan yang lebih berat. Ianya akan tahan lebih lama, selalunya untuk beberapa jam. Bagaimana anda boleh menyimpan pewangi anda ? Simpanlah ia di tempat yang sejuk, kawasan yang lembap dan hindarkan daripada letakkannya di tingkap di sebabkan pancaran cahaya matahari boleh menyebabkan kepelbagaian kandungan di dalamnya menjadi tidak seimbang. Pewangi yang terdedah tanpa penutup haruslah di simpan di dalam kotak untuk memastikan pewangi anda tahan lebih lama.
Bauan anda tahan lebih lama
Posted November 2, 2008
on:- Dalam: Info Perfume
- Tinggalkan Komen
Bagaimana untuk membuatkan bauan anda tahan lebih lama ?
Pewangi lebih tahan lama terhadap seseorang individu berbanding yang lain adalah di sebabkan perbezaan kulit (lembap & berminyak) juga tahap PH.
Untuk mendapatkan kesan tahan lama, cuba untuk “layering” pewangi anda. Gunakan pewangi “bath gel”, selepas itu moisturizer atau powder, akhir sekali EDP, EDT @ EDC. Selalunya kaedah ini memberi kesan bauan anda lebih tahan lama. Juga, sembur lah pewangi anda di belakang telinga dan tengkuk untuk membuatkan bauan anda kekal dan tidak hilang begitu cepat
- Dalam: Info Perfume
- Tinggalkan Komen
Kenapa sesetengah pewangi lebih “long lasting” berbanding yang lain ?
Pengguna yang mempunyai kulit yang lembab di dapati tidak tahan lama ketika mengenakan pewangi berbanding dengan pengguna yang mempunyai kulit berminyak. Ini adalah kerana kulit berminyak mempunyai lebih “natural moisture”. Tahap PH (kandungan asid di dalam kulit) juga berbeza mengikut individu. Tahap PH individu tersebut yang dapat menentukan bagaimana kandungan di dalam sesuatu pewangi tersebut bertindak balas terhadap kulit.
Perfume,EDP,EDT & EDC
Posted November 2, 2008
on:- Dalam: Info Perfume
- Tinggalkan Komen
Apakah yang membezakan antara Perfume, Eau de Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT) and Eau de Cologne (EDC) ?
Perbezaan yang ketara adalah dari segi kandungan minyak pati yang terdapat di dalam setiap pewangi tersebut. Minyak Pati ini di panggil “juice”. Kandungan pati “juice” yang paling tinggi terdapat di dalam perfume (ataupun parfum). Seterusnya, Eau de Parfum, Eau de Toilette dan yang terakhir Eau de Cologne. After Shave terdapat kandungan pati yang paling sedikit. Semakin tinggi kandungan minyak pati, semakin lama ketahanan bau sesuatu pewangi tersebut dan sedikit kuantiti yang harus anda guna.
Info – Kenapa Murah?
Posted Oktober 31, 2008
on:- Dalam: Info Perfume
- Tinggalkan Komen
Perfume-perfume yang terdapat di sini adalah ‘original’ tetapi rejected.
Rejected dari segi :
a) Label pada botol tidak begitu jelas
b) Perfume di datangkan tanpa kotak dan di gantikan dengan uncang
c) Botol bercalar sedikit
Atas sebab-sebab yang tersebut, kami di ‘BazarPerfume’ mampu menawarkan kepada anda harga yang mampu milik dan jauh lebih murah daripada harga-harga di kaunter. Dengan kualiti yang sama dan harga yang jauh lebih murah, kami yakin anda tentu berpuashati.
Jadik, Jangan berlengah lagi..Place your order now..